Perlindungan Harta Intelek

Perlindungan Harta Intelek

Hak Cipta

Semua kandungan yang disertakan atau disediakan melalui enche Sdn Bhd seperti teks, grafik, logo, ikon butang, imej, klip audio, muat turun digital, penyusunan data, dan perisian adalah hak milik enche Sdn Bhd atau pembekal kandungannya dan dilindungi oleh Akta Hak Cipta Malaysia 1987. Penyusunan semua kandungan yang disertakan atau disediakan melalui enche Sdn Bhd adalah milik eksklusif enche Sdn Bhd dan dilindungi oleh undang-undang Hak Cipta Malaysia.

Anda dilarang untuk:

  • Mengubah suai mana-mana bahan daripada laman web dan aplikasi mudah alih.
  • Menggunakan sebarang turutan ilustrasi, gambar, video atau audio atau apa-apa grafik secara berasingan daripada teks yang disertakan.
  • Memadam atau mengubah mana-mana hak cipta, tanda dagang, atau notis hak proprietari daripada salinan bahan-bahan daripada laman web dan aplikasi mudah alih.
  • Mengubah atau mencuba untuk mencuri kod perisian bagi laman web dan aplikasi mudah alih.
Tanda Dagang

Semua kandungan termasuk grafik, logo, tajuk halaman, ikon butang, skrip, dan nama perkhidmatan yang disertakan atau disediakan melalui enche Sdn Bhd adalah tanda dagang enche di Malaysia. Tanda dagang enche Sdn Bhd tidak boleh digunakan berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang bukan milik enche, dalam apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan, atau dalam apa-apa perkara yang memperkecilkan atau mencemarkan nama enche. Perlindungan tanda dagang enche Sdn Bhd adalah dikawal oleh Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997.

Paten

Satu atau lebih paten yang dimiliki oleh enche Sdn Bhd digunakan untuk platform media enche termasuk laman web dan aplikasi mudah alih dan ciri-ciri dan perkhidmatan yang boleh diakses melalui perkhidmatan enche melalui platform tersebut. Paten perlindungan enche Sdn Bhd ditadbir oleh Akta Paten 1983 dan Peraturan-Peraturan Paten 1986.