Bantuan dan Sokongan

Bantuan dan Sokongan

PEMBELI

1. Bagaimanakah kami akan menerima pemberitahuan mengenai promosi/jualan enche? 

Anda boleh menerima pemberitahuan daripada kami mengenai promosi terbaru dengan memuat turun aplikasi mudah alih kami dan mengaktifkan butang pemberitahuan di tetapan telefon bimbit anda.
ATAU
Klik butang ‘Benarkan’ pada kotak popup yang muncul di laman web.

2. Bagaimanakah cara untuk mengubah pilihan bahasa pada laman web atau aplikasi saya?

Laman web: Klik pada bar ‘Bahasa’ pada bahagian atas kanan > Pilih bahasa pilihan anda dan bahasa tersebut akan berubah secara automatik mengikut pilihan anda.
Aplikasi mudah alih: Pilih ‘Akaun saya’ > Pilih ‘Tetapan’ > Pilih ‘Bahasa’ > Pilih bahasa pilihan anda > Klik butang ‘Gunakan’ dan bahasa akan diubah secara automatik mengikut pilihan anda.

3. Bagaimanakah saya ingin menambah/edit butiran pembayaran saya?

Log masuk ke dalam akaun anda > Pilih ‘Akaun saya’ > Pergi ke ‘Menguruskan akaun saya’ > Pilih ‘Pilihan pembayaran saya’ > Klik ‘Tambah/Edit kaedah pembayaran’ > Pilih ‘Tambah kad kredit’ atau ‘Tambah butiran akaun bank’ > Masukkan butiran yang diperlukan dan klik ‘Simpan’

4. Bagaimanakah cara untuk menulis maklum balas untuk item yang telah dibeli?

Pilihan 1 (cara manual): Pergi ke ‘Akaun saya’ > Klik pada ‘Sejarah pembelian’ > Klik item yang telah dibeli > Klik pada ‘Hantar maklum balas/Ulasan’ > Tambah ulasan/maklum balas atau penilaian anda terhadap item atau perkhidmatan yang dibeli.
ATAU
Pilihan 2 (apabila anda menerima pemberitahuan): Klik dan buka pemberitahuan > Klik pada ‘Hantar maklum balas/Ulasan’ > Tambah ulasan anda/maklum balas atau penilaian mengenai item yang dibeli atau perkhidmatan.

5. Bagaimanakah saya ingin memberi maklum balas dan penilaian mengenai enche?

Pilihan 1 (Penilaian melalui Google Play Store atau Apple App Store): Pergi ke tab carian > Cari ‘enche’ > Pilih aplikasi kami dengan mengklik pada logo > Klik ‘Tekan untuk menilai’ atau tinggalkan komen anda di ‘Tulis ulasan’
ATAU
Pilihan 2 (melalui laman web): Pergi ke ‘Hubungi kami’ > Klik pada ‘Hantar maklum balas’ > Klik pada hiperpautan untuk mengisi borang maklum balas
ATAU
Hubungi enche melalui talian bantuan pelanggan.

6. Bagaimanakah cara untuk log masuk atau mendaftar dengan enche?

Log masuk: Pergi ke platform enche > Klik pada ‘Login’ > Masukkan ID dan kata laluan anda > Klik butang ‘Hantar’.
Daftar: Pergi ke platform enche > Klik pada ‘Daftar’ > Masukkan butiran anda (nama, nombor telefon, alamat e-mel) > Klik pada ‘Hantar’.

7. Bagaimanakah cara untuk menetapkan semula kata laluan saya?

Pergi ke ‘Tetapan’ > ‘Akaun saya’ > Klik pada ‘Tetap semula kata laluan’ > Masukkan kata laluan lama > Masukkan kata laluan baru > Masukkan sekali lagi kata laluan baru.

8. Apakah cara pembayaran yang boleh digunakan di enche?

Bagi pengguna biasa, kami menyediakan Perbankan Dalam Talian, Kad Kredit atau Debit, Pembayaran Luar Talian di mana-mana 7-eleven dan menggunakan saluran pembayaran e-wallet. Bagi pengguna perniagaan, kami menyediakan Perbankan Perniagaan Dalam Talian dan Kad Kredit atau Debit.
For business consumer, we provide Online Business Banking and Credit Card or Debit Card.

 

PEDAGANG (B2B dan B2C)

1. Bagaimanakah cara untuk mengedit profil saya? (E-mel dan alamat)

Aplikasi mudah alih dan laman web: Log masuk ke akaun anda > Pergi ke ‘Tetapan’ > Pilih ‘Akaun saya’ > Pilih ‘Edit’ > Berikan butiran yang diperlukan dan klik ‘Simpan’.

2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar atau log masuk ke enche?

Daftar: Pergi ke www.enche.com/merchant > Klik pada ‘Daftar’ > Masukkan maklumat yang diperlukan > Muat naik imej borang pendaftaran SSM > Baca dan klik ‘Terima’ pada popup ‘Terma dan Syarat’ > Klik ‘Hantar’.
ATAU
Anda boleh e-melkan butiran permohonan anda bersama-sama dokumen yang diperlukan ke merchandise@enche.com.
Log masuk: Pergi ke platform enche > Klik pada ‘Login’ > Masukkan ID dan kata laluan anda > Klik butang ‘Hantar’.

3. Apakah standard pembungkusan produk dan keperluannya?

Pedagang dinasihatkan untuk menyediakan dan membungkus bungkusan DENGAN SELAMAT yang mungkin bagi mengurangkan risiko untuk item rosak semasa proses penghantaran. Berdasarkan produk anda, anda boleh menggunakan bahan bungkusan berikut yang mungkin bersesuaian dengan produk anda.

a) Pita ‘Fragile’ (gambar)
b) Pita Pembungkusan (gambar)
c) Kusyen Udara (gambar)
d) Kantung Nota Kiriman (gambar)
e) Pembungkus Gelembung (gambar)
f) Pembungkus Lutsinar (gambar)
g) Kusyen Gabus (gambar)
h) Kotak Karton (gambar)
i) Risalah (gambar)

4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses pesanan?

Sila rujuk jadual di bawah: 

PlatformPurata Masa Proses (Hari)Ulasan
B2C<3Piawaian: 3 hari tetapi tertakluk kepada pindaan pedagang.
B2B>3Ia mungkin berbeza-beza bergantung kepada kuantiti barang yang dipesan.

5. Bagimanakah cara untuk menetapkan semula kata laluan saya?

Pergi ke ‘Tetapan’ > ‘Akaun saya’ > Klik pada ‘Tetap semula kata laluan’ > Masukkan kata laluan lama > Masukkan kata laluan baru > Masukkan sekali lagi kata laluan baru.

6. Bolehkah saya mengubah nama pengguna/kedai saya?

Anda hanya boleh mengubah nama kedai anda sekali sahaja, tetapi jika anda ingin mengubahnya buat kali kedua, anda boleh memohon untuk mengubahnya dengan menghantar e-mel kepada kami di merchandise@enche.com.

7. Adakah pedagang perlu membayar yuran untuk mendaftar sebagai pedagang?

Tiada yuran pendaftaran untuk pedagang.

8. Berapa lamakah masa yang diambil untuk pedagang menerima bayaran daripada enche setelah produk diterima oleh pembeli?

Pedagang akan menerima bayaran daripada enche atas permintaan. Pedagang perlu membuat permintaan melalui papan pemuka (dashboard) pedagang. Pengeluaran minimum adalah RM100 dan akan mengambil masa maksimum 3 hari bekerja. Transaksi pembayaran adalah melaui pindahan bank dalam talian (bagi kedua-dua pedagang B2C dan B2B).

9. Berapa lamakah masa untuk memproses pendaftaran sebagai pedagang?

Proses pendaftaran sebagai pedagang akan mengambil masa kira-kira SATU atau DUA hari bekerja untuk diterima.

 

encheprenuer

1. Apakah enchepreneur?

enchepreneur dibahagikan kepada dua kategori, iaitu dalam talian dan luar talian. Anda boleh mendaftar untuk kedua-dua kategori melalui satu proses permohonan.

2. Apakah peranan sebagai seorang enchepreneur (dalam talian dan luar talian)?

Dalam talian: Anda perlu kongsikan pautan atau kod rujukan bagi kempen kami, dan terima komisyen bagi setiap transaksi yang berjaya melalui pautan rujukan.
Luar talian: Beli produk melalui platform pasaran pengguna (B2C) dengan harga diskaun menggunakan ID enchepreneur anda, dan mula menjual produk secara luar talian bagi menjana pendapatan anda sendiri.

3. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan pautan atau kod rujukan?

Anda boleh mendapatkan pautan atau kod rujukan pada papan pemuka enchepreneur setelah proses pendaftaran anda sebagai enchepreneur berjaya.

4. Bagaimanakah rakan saya ingin menggunakan pautan atau kod rujukan?

Kod rujukan: Semasa dalam proses mendaftar keluar, rakan anda perlu memasukkan kod rujukan anda sebelum meneruskan proses pembayaran.
Pautan rujukan: Rakan anda perlu klik pada pautan tersebut yang akan membawanya ke portal kami, dan rakan anda boleh menikmati promosi tersebut semasa proses pembayaran.

5. Bagaimanakah cara untuk mendaftar atau log masuk sebagai enchepreneur?

Log masuk: Pergi ke platform enche > Klik pada ‘enchepreneur’ > Klik ‘Log masuk’ > Masukkan ID dan kata laluan enchepreneur anda > Klik butang ‘Hantar’.
Daftar: Pergi ke platform enche > Klik pada ‘enchepreneur’ > Klik pada ‘Daftar sebagai enchepreneur’ > Masukkan butiran diri anda (nama, nombor telefon, alamat e-mel, butiran bank) > Klik ‘Hantar’.

6. Bagaimanakah saya ingin menetapkan semula kata laluan?

Pergi ke ‘Tetapan’ > ‘Akaun saya’ > Klik pada ‘Tetap semula kata laluan’ > Masukkan kata laluan lama > Masukkan kata laluan baru > Masukkan sekali lagi kata laluan baru.

7. Bagaimanakah saya ingin menebus komisen dan mata ganjaran saya?

Komisen: Pergi ke papan pemuka enchepreneur > ‘Jualan saya’ > Klik pada ‘Pengeluaran’ > Masukkan butiran bank anda > Klik ‘Hantar’.
Mata ganjaran: Klik pada ‘Tebus mata ganjaran saya’ sebelum meneruskan proses pembayaran.