CAREER @ enche

Jadi sebahagian daripada kami dan maju bersama-sama

Di enche, kami bercita-cita untuk mencipta pengalaman membeli-belah dalam talian yang berbeza. Daripada membeli-belah biasa, kami mempunyai matlamat untuk membolehkan pengguna turut menderma semasa membeli-belah. Kami percaya bahawa sumbangan amal haruslah mudah, berkesan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kami menyediakan platform membeli-belah dalam talian yang boleh digunakan 24/7 yang bermaksud pembeli boleh menyumbang pada bila-bila masa dengan hanya membeli melalui portal kami.

Tujuan Kami

Kami ingin mencipta peluang pekerjaan untuk calon di luar sana melalui pembangunan perniagaan kami. Kami mengiktiraf dan menghargai setiap sumbangan kerana kami sangat percaya dengan kemajuan dalam membantu orang lain. Kami mengalu-alukan semua orang untuk menyertai pasukan kami dan mencipta kejayaan bersama-sama.

Nilai Teras Kami

Kebolehpercayaan

Kami berperanan sebagai suri teladan antara satu sama lain. Kebolehpercayaan adalah etika penting yang kami amalkan di enche.

Keberanian

Berani untuk meneroka kaedah dan pendekatan baharu dalam mewujudkan peluang-peluang baru untuk berjaya. Jangan teragak-agak untuk berkongsi idea-idea anda di enche.

Disiplin

Kepatuhan pada peraturan organisasi adalah penting, inilah yang akan menggambarkan enche.

Cepat, cekap dan kualiti

Sampaikan idea anda dalam kualiti yang baik, dengan ketepatan yang hebat dan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Ketekunan

Kami amat menghargai sifat cermat dalam kerja-kerja kami bagi menjamin kualiti perkhidmatan kami.

Kerja Berpasukan

Kerja berpasukan akan membahagikan beban dan menggandakan kejayaan, untuk mencipta sejarah yang hebat, kita boleh bergantung kepada usaha individu, tetapi boleh juga menyumbang secara kolektif sebagai satu pasukan.

Mohon Sekarang!