About Enche Mobile

Banner About

Mengenai enche

enche Sdn Bhd telah ditubuhkan sebagai usaha baru dalam sektor digital melalui penciptaan platform e-dagang. enche adalah portal pasaran yang direka rapi untuk membolehkan perniagaan korporat (B2B), pasaran pengguna (B2C), dalam talian serta keusahawanan luar talian (enchepreneur) dijalankan melalui satu platform. Kami adalah sebuah jenama dengan misi untuk menyediakan penyelesaian perniagaan untuk perniagaan di seluruh Asia dengan menyediakan platform e-dagang yang mempunyai kapasiti tanpa sempadan. Di enche Sdn Bhd, kami ingin menyelesaikan isu-isu perdagangan antara negara-negara Asia yang seringkali berpunca daripada masalah belanjawan, masa dan kebolehan mengekalkan kesesuaian di pasaran. enche Sdn Bhd berkembang maju untuk kejayaan dan kejayaan bukan sahaja bermakna kejayaan wang tunai tetapi ia bermakna kejayaan dalam hubungan perniagaan antara negara-negara, kejayaan dalam pencapaian rohani ke arah membantu mereka yang memerlukan melalui kebajikan, dan kejayaan dalam mewujudkan peluang untuk mendekati dan menawarkan produk dan perkhidmatan anda kepada pelanggan, tanpa mengira jarak dan zon masa.

Misi dan visi enche berkait rapat antara satu sama lain iaitu meletakkan pasaran SME Asia di mata dunia dan memudahkan perniagaan antara negara, tanpa mengendahkan tanggungjawab ke atas mereka yang memerlukan.

Apa cara yang lebih baik untuk membawa negara lebih dekat selain melalui perniagaan dan kebajikan.
Sama ada anda berada di sini untuk mengembangkan perniagaan anda, menjadi inspirasi kepada pelanggan anda, mencari tujuan anda, membuat perniagaan komitmen amal atau mengubah dunia, enche boleh membantu.

enche marketplace, mari maju bersama.

Nilai Teras