Dasar Privasi

1. Pengenalan pada Dasar Privasi ini

1.1. Di enche, kami benar-benar menjaga privasi anda. Kami komited untuk mematuhi semua perlindungan data/undang-undang privasi yang berkenaan dengan kami.

1.2. Dalam menyediakan Perkhidmatan atau akses kepada Platform (seperti yang ditakrifkan dalam Terma Penggunaan), kami akan mengumpul, mengguna, mendedahkan dan/atau memproses data, termasuk data peribadi anda.

1.3. Dasar Privasi ini wujud bagi memaklumkan anda tentang cara kami mengumpul, mengguna, menzahirkan dan/atau memproses data yang kami kumpul dan terima dalam menyediakan Perkhidmatan atau akses kepada Platform kepada anda, pelanggan kami. Kami hanya akan mengumpul, mengguna, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini.

1.4. Ia adalah penting bagi anda untuk membaca Dasar Privasi ini bersama-sama dengan apa jua notis berkenaan yang mungkin kami sediakan untuk keadaan-keadaan tertentu apabila kami mengumpul, mengguna, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi mengenai anda, supaya anda mengambil maklum sepenuhnya cara dan sebab kami menggunakan data peribadi anda.

1.5. Dengan mengklik atau menanda “daftar”, “Saya bersetuju dengan dasar privasi enche” atau pernyataan-pernyataan yang sama di laman pendaftaran enche, anda memperakui bahawa anda telah dimaklumkan mengenainya dan memahami terma dasar privasi ini dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda seperti yang dinyatakan dan mengikut terma-terma di sini.

1.6. Kami mungkin akan mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Mana-mana perubahan yang dilakukan pada Dasar Privasi ini pada masa akan datang akan dipaparkan di dalam laman ini, dan jika sesuai, dimaklumkan kepada anda di mana penggunaan Perkhidmatan kami secara berterusan oleh anda, akses kepada Platform atau penggunaan Perkhidmatan, termasuklah melakukan Pesanan di Platform, akan membentuk perakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan-perubahan yang dibuat kepada Dasar Privasi ini, seperti yang dimaklumkan kepada anda. Sila semak semula dengan kerap untuk melihat sebarang pengemaskinian atau perubahan pada Dasar Privasi ini.

1.7. Dasar Privasi ini terpakai bersama-sama dengan notis-notis lain, klausa-klausa kontrak dan klausa-klausa persetujuan terpakai yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda oleh kami, dan tidak dimaksudkan untuk mengatasi notis-notis dan klausa-klausa tersebut melainkan jika dinyatakan sebaliknya oleh kami.

1.8. Anda boleh melawat dan melayari Platform tanpa memberi maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, anda dikehendaki mendaftar untuk membuka akaun jika anda ingin menggunakan Perkhidmatan kami.

2. Data Peribadi yang Dikumpul daripada Anda

2.1. Data Peribadi bermaksud mana-mana maklumat, sama ada direkodkan dalam bentuk material atau tidak, daripada identiti seseorang individu adalah jelas atau boleh dikenal pasti secara munasabah dan langsung oleh entiti yang memegang maklumat itu, atau pun jika diletakkan bersama-sama dengan maklumat-maklumat lain akan secara langsung dan dengan pastinya mengenal pasti seseorang individu.

2.2. Sepanjang penggunaan Platform dan penyediaan Perkhidmatan, kami mungkin mengumpul data peribadi daripada anda, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:

(a) Data identiti, seperti nama, jantina, gambar profil, dan tarikh lahir anda;
(b) Data hubungan, seperti alamat bil, alamat penghantaran, alamat emel dan nombor telefon;
(c) Data akaun, seperti akaun bank dan butiran pembayaran;
(d) Data transaksi, seperti butiran mengenai bayaran kepada dan daripada anda, dan butiran lain produk dan Perkhidmatan yang anda beli daripada kami;
(e) Data teknikal, seperti alamat protokol internet (IP), data log masuk anda, jenis dan versi pelayar internet anda, versi tetapan zon masa dan lokasi, jenis dan versi plug masuk pelayar internet anda, sistem operasi dan platform, dan teknologi di dalam peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform;
(f) Data profil, seperti nama pengguna dan kata laluan anda, pembelian atau pesanan anda, minat anda, pilihan, maklum balas dan jawapan-jawapan kaji selidik;
(g) Data penggunaan, seperti maklumat mengenai cara anda menggunakan Platform, produk dan Perkhidmatan atau melihat kandungan di Platform;
(h) Data lokasi, seperti apabila anda menangkap dan berkongsi lokasi anda dengan kami dalam bentuk gambar atau video dan memuat naik kandungan tersebut ke atas Platform;
(i) Data biometrik, seperti fail suara apabila anda menggunakan fungsi carian suara kami, dan imej muka apabila anda memuat naik video diri anda ke atas Platformm; dan
(j) Data pemasaran dan komunikasi, seperti pilihan anda untuk menerima pemasaran daripada kami dan pihak ketiga kami dan pilihan komunikasi anda.

2.3. Sepanjang penggunaan Platform oleh anda dan penyediaan Perkhidmatan, kami boleh menerima data peribadi daripada anda di dalam situasi-situasi berikut:

(a) Apabila anda membuka akaun dengan kami;
(b) Apabila anda memohon untuk mana-mana Perkhidmatan atau membeli mana-mana produk dalam Platform;
(c) Apabila anda menggunakan ciri-ciri atau fungsi-fungsi yang disediakan dalam Platform atau Perkhidmatan, termasuk rakaman mana-mana kandungan yang dihasilkan untuk dimuat naik pada Platform;
(d) Apabila anda melanggan penerbitan atau bahan-bahan pemasaran kami;
(e) Apabila anda menyertai pertandingan, promosi atau kaji selidik;
(f) Apabila anda menyertai sebarang aktiviti atau kempen dalam Platform;
(g) Apabila anda log masuk ke dalam akaun anda pada Platform atau sebaliknya berinteraksi dengan kami melalui perkhidmatan atau aplikasi luar;
(h) Apabila mana-mana pengguna Platform lain menyiarkan sebarang komen mengenai kandungan yang anda muat naik ke dalam Platform atau apabila anda menyiarkan sebarang komen mengenai kandungan pengguna lain yang dimuat naik ke dalam Platform;
(i) Apabila pihak ketiga membuat aduan terhadap anda atau kandungan yang telah anda muat naik ke atas Platform
(j) Apabila anda mengakses atau menggunakan permainan mudah alih dalam Platform; dan
(k) Apabila anda berinteraksi dengan kami di luar talian, termasuklah apabila anda berinterkasi dengan agen perkhidmatan pelanggan luar kami.

2.4. Sepanjang penggunaan Platform dan penyediaan Perkhidmatan, kami juga boleh menerima data peribadi anda daripada pihak ketiga untuk tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini atau terma lain.

2.5. Anda hendaklah menyerahkan data peribadi yang tepat dan tidak mengelirukan dan anda hendaklah mengemaskini dan memaklumkan kepada kami mengenai sebarang perubahan terhadap data peribadi anda yang telah diberikan kepada kami. Kami berhak untuk meminta dokumentasi untuk mengesahkan data peribadi yang diberikan oleh anda sebagai sebahagian daripada proses pengesahan pelanggan kami.

2.6. Kami hanya boleh mengumpul data peribadi anda jika anda menyerahkan data peribadi secara suka rela atau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Dasar Privasi ini. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menyerahkan data peribadi anda kepada kami atau seterusnya menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan data peribadi anda oleh kami, kami mungkin tidak dapat menyediakan Perkhidmatan kami atau akses kepada Platform kepada anda.

2.7. Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dengan menghantarnya kepada kami pada bila-bila masa seperti yang dinyatakan di bawah.

2.8. Jika anda menyerahkan data peribadi mana-mana pihak ketiga kepada kami, anda membuat representasi dan jaminan bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang perlu daripada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi dan memindahkan data peribadi beliau kepada kami, dan untuk kami mengumpul mengguna dan mendedahkan data tersebut selaras dengan Dasar Privasi ini.

2.9. Jika anda mendaftar untuk menjadi seorang pengguna di Platform dengan menggunakan akaun media sosial anda atau membuat pautan daripada akaun enche anda ke akaun media sosial anda atau menggunakan ciri-ciri media sosial enche yang lain, kami boleh mengakses data peribadi mengenai anda yang telah anda serahkan secara suka rela kepada penyedia media sosial anda selaras dengan dasar privasi penyedia media sosial tersebut dan kami akan menngendalikan data peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini.

3. Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi

3.1. Data peribadi yang kami kumpul daripada anda atau pihak-pihak ketiga mungkin digunakan oleh kami, atau dikongsikan bersama-sama atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga (termasuklah syarikat-syarikat berkaitan, pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan mereka dan syarikat-syarikat berkaitan mereka, dan para penjual pihak ketiga, dan syarikat yang terletak di dalam dan di luar negara asal anda), untuk beberapa tujuan, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut :

(a) Untuk memudahkan penggunaan Perkhidmatan dan akses kepada Platform oleh anda, termasuklah memberi maklum balas kepada pertanyaan, maklum balas, tuntutan atau pertikaian anda melalui agen perkhidmatan pelanggan luar kami;
(b) Untuk memproses pesanan yang dihantar melalui Platform;
(c) Bayaran yang dibuat oleh anda melalui Platform untuk produk-produk, sama ada dijiual oleh kami atau pihak penjual ketiga, akan diproses oleh agen kami;
(d) Untuk menghantar produk-produk yang dibeli oleh anda melalui Platform, sama ada dijual oleh kami atau pihak ketiga. Kami boleh menyerahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk menghantar produk tersebut kepada anda (sebagai contoh kepada kurier atau pembekal kami), sama ada produk tersebut dijual melalui Platform oleh kami atau penjual pihak ketiga;
(e) Untuk memaklumkan anda mengenai penghantaran produk, sama ada dijual melalui Platform oleh kami atau pun pihak ketiga, dan untuk tujuan sokongan pelanggan;
(f) Untuk membandingkan maklumat, dan untuk mengesahkan dengan pihak ketiga bagi memastikan maklumat tersebut adalah tepat;
(g) Untuk mentadbir akaun anda dengan kami (sekiranya ada);
(h) Untuk mengesahkan dan menjalankan urusniaga kewangan yang berkaitan dengan bayaran yang dibuat oleh anda secara dalam talian;
(i) Untuk mengaudit muat turun data daripada Platform;
(j) Untuk memperbaiki susunan atau kandungan halaman Platform dan menyesuaikannya untuk pengguna;
(k) Untuk mengenal pasti para pelawat dalam Platform;
(l) Untuk menjalankan penyelidikan ke atas demografi dan tingkah laku para pengguna kami;
(m) Untuk menyampaikan maklumat kepada anda yang kami anggap berguna kepada anda atau yang anda telah minta daripada kami, termasuklah maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami atau penjual pihak ketiga, dengan syarat bahawa anda telah menyatakan bahawa anda tidak membantah untuk dihubungi bagi tujuan ini;
(n) Untuk membenarkan pengguna lain mengenali anda melalui “Mencari rakan saya” (atau fungsi yang serupa) sebagai pengguna Perkhidmatan, untuk membolehkan anda mencari pengguna lain dan untuk berhubung dengan mereka di Platform, dan untuk menyokong fungsi sosialisasi Perkhidmatan
(o) Untuk mempromosikan Perkhidmatan dan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami, seperti kandungan yang dihasilkan oleh pengguna (termasuk kandungan video) yang anda boleh pilih untuk disiarkan di Platform kami, sebagai sebahagian daripada kempen pengiklanan dan pemasaran kami untuk mempromosikan Platform;
(p) Untuk memproses apa-apa aduan, maklum balas, tindakan penguatkuasaan dan permintaan memadam maklumat berhubung dengan apa-apa kandungan yang anda muat naik ke Platform;
(q) Untuk dipaparkan di papan skor di Platform berhubung dengan kempen, permainan mudah alih atau apa-apa aktiviti lain;
(r) Untuk mendapatkan atribut lanjut yang berkaitan dengan anda berdasarkan data peribadi yang diberikan oleh anda (sama ada kepada kami atau pihak ketiga), untuk memberikan anda maklumat yang lebih disasarkan dan / atau relevan;
(s) Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar bahan-bahan pemasaran atau promosi mengenai produk dan perkhidmatan kami atau penjual pihak ketiga kepada anda dari semasa ke semasa, kecuali jika anda memilih untuk tidak menerima bahan-bahan tersebut; dan
(t) Kami juga boleh menjalankan proses membuat keputusan secara automatik selaras dengan mana-mana tujuan ini.

3.2. Untuk mengelakkan keraguan, anda mengakui dan bersetuju bahawa enche boleh berkongsi maklumat anda yang tidak boleh dikenal pasti tetapi tidak terhad bagi keadaan berikut:

(a) Maklumat agregat. Kami boleh menjalankan projek analisis data bersama-sama dengan pembekal pihak ketiga terpilih menggunakan maklumat yang tidak boleh dikenal pasti untuk meramal kepentingan pengguna dan menyediakan maklumat yang lebih disasarkan dan / atau relevan kepada pengguna berdasarkan maklumat agregat mengenai aktiviti pengguna di luar Platform

(b) Pengiklanan berdasarkan tingkah laku. Kami mungkin bekerjasama dengan pihak ketiga terpilih menggunakan maklumat yang tidak boleh dikenal pasti untuk memperoleh model tertentu yang akan memudahkan pengiklanan yang lebih tepat kepada pengguna terpilih.

3.3. Anda boleh berhenti daripada menerima maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi menghentikan langganan dalam bahan pemasaran elektronik. Kami boleh menggunakan maklumat hubungan anda untuk menghantar surat-surat berita daripada kami dan syarikat-syarikat berkaitan kami.

3.4. Dalam keadaan luar biasa, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadi, seperti apabila terdapat sebab-sebab untuk percaya bahawa pendedahan tersebut adalah penting bagi mengelakkan suatu ancaman kepada nyawa atau kesihatan, atau bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, atau bagi memenuhi keperluan dan permintaan undang-undang dan permintaan.

3.5. Kami boleh berkongsi dan mengizinkan perkongsian data peribadi anda dengan pihak ketiga dan sekutu-sekutu kami untuk tujuan-tujuan yang disebutkan di atas, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, memudahkan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, melengkapkan urusniaga dengan anda, menguruskan akaun anda dan hubungan kami dengan anda, pemasaran dan memenuhi mana-mana keperluan dan permintaan undang-undang dan permintaan seperti mana yang kami anggap perlu. Dalam berkongsi data peribadi anda dengan mereka, kami berusaha untuk memastikan bahawa pihak ketiga dan sekutu kami menyimpan data peribadi anda dengan selamat daripada akses yang tidak sah, koleksi, penggunaan, pendedahan, pemprosesan atau risiko yang serupa dan menyimpan data peribadi anda hanya untuk selagi mereka memerlukan data peribadi anda untuk mencapai tujuan-tujuan yang disebutkan di atas.

3.6. Jika anda berada di Malaysia, kami boleh memindahkan atau mengizinkan pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

4. Penarikbalikan Persetujuan untuk Penggunaan Berterusan, Pendedahan dan/atau Pemprosesan Data Peribadi

4.1. Anda boleh menyampaikan penarikbalikan persetujuan anda kepada penggunaan berterusan, pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda termasuk data peribadi yang berkenaan dengan individu lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi itu bagi mana-mana tujuan dan cara seperti mana yang dinyatakan di atas pada bila-bila masa, dengan menghubungi Syarikat kami.

4.2. Sila ambil maklum bahawa jika anda menyampaikan penarikbalikan persetujuan anda kepada penggunaan, pendedahan atau pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan dan cara seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak dapat secara terus menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda atau melaksanakan mana-mana kontrak kami dengan anda, dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak terus menyediakan Perkhidmatan kepada anda, atau melaksanakan kontrak kami dengan anda, Hak undang-undang dan remedi kami dengan nyata terpelihara dalam peristiwa berikut.

5. Mengemaskini Data Peribadi Anda

5.1. Ia adalah penting untuk memastikan bahawa data peribadi yang diserahkan oleh anda adalah tepat dan lengkap untuk anda terus menggunakan Platform dan bagi kami untuk menyediakan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kami mengenai perubahan-perubahan kepada data peribadi anda, atau sekiranya anda percaya bahawa data dalam simpanan kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau luput.

5.2. Anda boleh mengemaskini data peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda dalam Platform. Jika anda tidak dapat mengemaskini data peribadi anda melalui akaun anda, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Syarikat kami.

5.3. Kami mengambil langkah untuk berkongsi pengemaskinian terhadap data peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga dan sekutu-sekutu kami yang kami telah kongsikan data tersebut jika data itu masih diperlukan bagi tujuan-tujuan di atas.

6. Mengakses Data Peribadi Anda

6.1. Jika anda ingin memohon maklumat mengenai data peribadi anda yang telah kami kumpulkan, atau bertanya mengenai cara-cara kami menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi anda pada tahun sebelumnya, sila hubungi kami. Bagi memudahkan pemprosesan permohonan anda, anda mungkin perlu memberikan maklumat lanjut mengenai permohonan anda.

6.2. Kami berhak untuk mengenakan yuran pentadbiran yang munasabah bagi mendapatkan kembali rekod data perbadi anda. Dalam hal ini, kami akan memaklumkan jumlah yuran sebelum memproses permohonan anda.

6.3. Kami akan memberi maklum balas kepada permohonan anda dalam tempoh yang munasabah. Sekiranya kami tidak dapat memberi maklum balas dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh permohonan anda, kami akan maklumkan kepada anda secara bertulis. Jika kami tidak dapat menyediakan mana-mana data peribadi kepada anda atau membuat pembetulan seperti yang diminta oleh anda, kami akan secara amnya memaklumkan anda mengenai sebab-sebab kami tidak berupaya berbuat demikian (kecuali apabila kami tidak diwajibkan berbuat demikian di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai).

7. Keselamatan Data Peribadi Anda

7.1. Untuk melindungi data peribadi anda daripada akses yang tidak sah, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemprosesan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan, kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian atau risiko yang serupa, kami telah memperkenalkan langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai seperti:

(a) Mengehadkan akses pada data peribadi kepada individu-individu yang memerlukan akses;
(b) Mengekalkan produk-produk teknologi bagi mengelakkan akses komputer yang tidak dibenarkan; dan
(c) Menggunakan teknologi penyulitan 128-bit SSL (secure sockets layer) apabila memproses data kewangan anda.

7.2. Jika anda percaya bahawa privasi anda telah dilanggar oleh enche, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami menerusi halaman Hubungi Kami.

7.3. Walau bagaimanapun, anda hendaklah mengetahui bahawa tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang benar-benar selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa mengkaji dan meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami.

7.4. Kata laluan anda adalah kunci kepada akaun anda. Sila gunakan nombor unik, huruf dan aksara khas, dan jangan berkongsi kata laluan enche anda kepada sesiapa sahaja. Jika anda berkongsi kata laluan anda dengan orang lain, anda akan bertanggungjawab untuk semua tindakan yang diambil dengan nama akaun anda dan akibatnya. Jika anda kehilangan kawalan terhadap kata laluan anda, anda mungkin kehilangan kawalan yang ketara ke atas data peribadi anda dan data lain yang diserahkan kepada enche. Anda juga boleh dikenakan tindakan mengikat secara sah yang diambil bagi pihak anda. Oleh itu, jika kata laluan anda telah dikompromi untuk apa-apa sebab atau jika anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kata laluan anda telah dikompromi, anda harus segera menghubungi kami dan menukar kata laluan anda. Anda diingatkan untuk log keluar daripada akaun anda dan menutup pelayar apabila anda selesai menggunakan komputer yang dikongsi.

8. Penyimpanan Data Peribadi

8.1. Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang diperlukan di bawah undang-undang atau seperti mana ia masih relevan bagi tujuan ia dikumpul.

8.2. Kami akan berhenti daripada menyimpan data peribadi anda, atau mengalih keluar data tersebut yang boleh dikaitkan dengan anda, sebaik sahaja ia adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa penyimpanan itu tidak lagi berfungsi dengan tujuan data peribadi dikumpulkan, dan tidak lagi diperlukan bagi apa-apa tujuan undang-undang atau perniagaan.

9. Kanak-kanak dan Individu Di Bawah Umur 18 Tahun

9.1. enche tidak menjual produk untuk pembelian oleh kanak-kanak di bawah 18 tahun dan tidak bermaksud untuk menyediakan mana-mana Perkhidmatan atau penggunaaan Platform kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kami tidak akan secara sengaja mengumpul mana-mana data peribadi yang berkenaan dengan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

9.2. Anda dengan ini mengesahkan dan menjamin bahawa anda kini berusia 18 tahun atau ke atas dan anda mampu memahami dan menerima syarat Dasar Privasi ini. Jika anda berusia di bawah 18 tahun, anda boleh menggunakan laman web kami hanya dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga.

9.3. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan benarkan anak-anak di bawah penjagaan anda menyerahkan data peribadi kepada enche. Sekiranya data peribadi kanak-kanak kecil itu didedahan kepada enche, anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi kanak-kanak itu dan menerima serta bersetuju untuk terikat kepada Dasar Privasi ini dan bertanggungjawab atas tindakannya.

9.4. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana penggunaan tidak dibenarkan terhadap Perkhidmatan dalam Platform yang oleh diri anda, pengguna yang bertindak bagi pihak anda atau mana-mana pengguna yang tidak dibenarkan. Ia merupakan tanggungjawab anda untuk membuat keputusan anda sendiri mengenai penggunaan Perkhidmatan dalam Platform dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan Perkhidmatan dalam Platform.

10. Pengumpulan Data Komputer

10.1. Kami atau pembekal perkhidmatan kami yang sah boleh menggunakan kuki, suar web, dan teknologi-teknologi yang sama untuk menyimpan data untuk memberi pengalaman yang lebih bermutu, pantas, selamat dan peribadi kepada anda ketika menggunakan Perkhidmatan atau mengakses Platform.

10.2. Apabila anda melayari Platform melalui komputer, peranti mudah alih, atau mana-mana peranti anda yang mempunyai sambungan Internet, pelayar syarikat kami akan secara automatik merakam data yang dihantar oleh pelayar Internet anda apabila anda melayari suatu laman sesawang. Data ini termasuk:

(a) Alamat IP komputer atau peranti anda;
(b) Jenis pelayar;
(c) Halaman laman sesawang yang anda lawati sebelum Platform;
(d) Halaman dalam Platform yang anda lawati; dan,
(e) Masa yang diluangkan di halaman tersebut, perkara-perkara dan data yang dicari dalam Platform, masa dan tarikh akses dan statistik-statistik lain.

10.3. Data ini dikumpul untuk analisis dan penilaian bagi mempertingkatkan laman sesawang dan perkhidmatan serta produk kami.

10.4. Kuki merupakan fail teks kecil (biasanya terdiri daripada huruf dan nombor) yang diletakkan dalam memori pelayar atau peranti anda apabila anda melawat sesuatu laman sesawang atau melihat sesuatu pesanan. Kuki membolehkan kami untuk mengenali sesuatu peranti atau pelayar dan membantu kami untuk memberi kandungan Platfrom yang lebih peribadi dan padan dengan pilihan anda secara pantas, dan untuk memastikan Perkhidmatan dan Platform lebih mudah dan berguna untuk anda.

10.5. Anda boleh menguruskan dan memadam kuki melalui tetapan pelayar atau peranti anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati bahan sokongan pelayar atau peranti anda.

10.6. Suar web merupakan imej grafik kecil yang mungkin termasuk dalam Perkhidmatan dan Platform kami. Suar web membolehkan kami untuk mengira para pengguna yang telah melihat halaman-halaman ini supaya kami dapat lebih memahami pilihan dan minat anda.

11. Hak enche untuk Mendedahkan Data Peribadi

11.1. Anda memperakui dan bersetuju bahawa enche mempunyai hak untuk mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak berkuasa perundangan, pengawalseliaan, kerajaan, percukaian penguatkuasa undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa yang lain dan pemunya hak yang relevan, jika enche mempunyai alasan munasabah untuk percaya bahawa pendedahan data peribadi anda adalah perlu bagi menepati mana-mana obligasi, keperluan atau penyusunan, sama ada secara suka rela atau tidak suka rela, untuk bekerjasama dengan suatu perintah, siasatan dan/atau mana-mana permohonan oleh pihak-pihak demikian. Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, anda bersetuju untuk tidak mengambil apa-apa tindakan dan/atau mengetepikan hak-hak anda untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap enche di atas pendedahan data peribadi anda di dalam keadaan-keadaan ini.

12. Laman Sesawang Pihak Ketiga

12.1. Platform mungkin mengandungi pautan-pautan kepada laman-laman sesawang lain yang dikendalikan oleh pihak-pihak lain, seperti sekutu-sekutu perniagaan kami, para peniaga atau pintu masuk pembayaran. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi laman-laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak-pihak tersebut. Anda dinasihatkan supaya menyemak amalan dasar privasi laman-laman sesawang ini untuk mengenalpasti cara mereka mengendalikan mana-mana maklumat yang dikumpul daripada anda.