Bagaimanakah saya ingin membeli? (B2C)

Bagaimanakah saya ingin membeli? (B2C)

Selamat datang ke enche. Berikut adalah langkah untuk membeli di pasaran enche

Bagaimanakah saya ingin memesan tanpa akaun pada laman web/aplikasi telefon bimbit enche?

Sebagai pembeli ‘Tetamu’

BELI  
1. PILIH PRODUK ANDA
2. SEMAK MAKLUMAT PRODUK
3. SAHKAN TROLI MEMBELI-BELAH

DAFTAR KELUAR
4. MASUKKAN E-MEL ANDA
5. SEDIAKAN MAKLUMAT PENGHANTARAN
6. PILIH PEMBAYARAN ANDA

 HANTAR
7. BUAT PESANAN ANDA
8. TERIMA PENGESAHAN PESANAN

  • Pilih produk yang anda mahu dan teruskan untuk mendaftar keluar.
  • Pada langkah untuk log masuk, masukkan alamat e-mel anda dan pilih ‘Teruskan tanpa kata laluan’.
  • Masukkan maklumat penghantaran anda dan pilih langkah pembayaran anda.
  • Buat pesanan anda.

Anda digalakkan untuk mendaftar dengan kami supaya kami boleh memaklumkan kepada anda mengenai maklumat promosi terkini kami.

Sebagai pembeli ‘Berdaftar’

BELI  
1. PILIH PRODUK ANDA
2. SEMAK MAKLUMAT PRODUK
3. SAHKAN TROLI MEMBELI-BELAH

DAFTAR KELUAR
4. MAKLUMAT PENGHANTARAN SEPERTI DI AKAUN PROFIL ATAU CIPTA YANG BARU
5. PILIH PEMBAYARAN ANDA

HANTAR
6. BUAT PESANAN ANDA
7. TERIMA PENGESAHAN PESANAN

  • Pilih produk yang anda mahu dan teruskan untuk daftar keluar.
  • Pilih maklumat penghantaran anda dan pilih langkah pembayaran anda.
  • Buat pesanan anda.

Saya telah membuat pesanan dan mengesahkan pembayaran dengan enche. Apakah langkah seterusnya?
Setelah pesanan anda disahkan, kami akan menguruskan selebihnya. Anda hanya perlu menunggu bungkusan anda dihantar.
Adakah saya akan menerima pengesahan pesanan selepas membuat pesanan?
Pengesahan pesanan dengan rumusan pesanan akan dihantar kepada anda melalui e-mel dan SMS selepas pesanan dibuat. Kami juga akan menghantar pemberitahuan e-mel dan SMS bagi memaklumkan kepada anda mengenai status pesanan.

Bagaimanakah saya ingin membeli? (B2B)

Terdapat dua (2) pilihan untuk mencari pembekal di enche.com

Pilihan 1: Pembelian pukal
Pilihan 2: Permintaan untuk Sebut Harga

Pilihan 1: Pembelian pukal
– Anda boleh mencari produk sama ada melalui pencarian dengan kata kunci atau kategori di halaman utama enche. Setelah anda menemui produk yang dicari, anda boleh terus memasukkan kuantiti yang anda mahu dan teruskan ke halaman daftar keluar.

Pilihan 2: Permintaan untuk Sebut Harga (Hubungi Pembekal)
– Jika anda menemui produk yang anda berminat, hantar pertanyaan kepada Pembekal dengan meminta sebut harga (anda boleh meminta untuk penyesuaian item, kos rundingan dan lain-lain).